Bila disebut tentang 4 perkara ni, semua orang tahu, dari pandanganku, perbezaan yang tampak nyata iaitu dari segi tulisan, sebutan dan maknanya….eeee
Apa yang tersirat disebaliknya.
C_I_N_T_A
Kalau boleh dia akan menjadi milik kita selama-lamanya. Seboleh2nya kita xnak sakitkan hatinya dan tiap2 hari berfikir/teringat tentang dirinya. Kalau boleh nak dibawa ke dalam mimpi..
Menyusun kata menjadi madah
Agar terhibur hati nan sepi
Teringat sudah merindupun sudah
Mengapa tak hadir di dalam mimpi
dahsyat2!...Tanpanya kita rasa sunyi dan ikhlas menyintainya dengan sepenuh jiwa dan raga. walaupun dia buat xkisah…eeee..geramnya..
S_A_Y_A_N_G
Kita mahukan seseorang utk berkongsi rahsia, kisah duka dan boleh dipercayai, kita jadikan ia telinga kepada luahan hati dan boleh membuangkan masanya utk mendengar dan memeningkan kepalanya dgn masalah kita kerana kita bukannya cinta dia...
Kereta waja, kereta wira
Beri percuma siapa pun mahu
Aku paparkan senyuman mesra
Gelora hatiku siapa yang tahu
S_U_K_A
Kita sukakan dia kerana dia mungkin kelakar, happy-go-lucky.,tidak cerewet..suka tolong menolong dan boleh dibuli-buli..eee…tapi kita xrindu sangat jika xberjumpa..
Tinggi-tinggi burung merbuk
Terbang melayang ketanah rata
Hati teringat mulut menyebut
Wajah terbayang di depan mata
M_I_N_A_T
Ada sesuatu pada dirinya yang tiada pada kita membuatkan kita tertarik untuk mendekatinya samada dari segi sifatnya, peribadinya, aktivit semasa atau sesuatu yang kita mahukan/cari ada padanya…eee..beruntungnya dia
Setiap hari mabuk kepayang
Teringatkan si gadis berbaju kebaya
Di sini sayang di sana pun sayang
Aku binggung memikirkannya
Kain sutera hendak dijahit
Dijahit pula dibawah lampu
Hendak ku telan terasa pahit
Nak ku buang aku tak mampu
"Tanpa minat , suka dan sayang kita tidak akan CINTA pada seseorang"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan