Sabtu, Januari 15

KENAPA KITA LUPA

Terlupa satu pesanan ringkas. Walaupun ringkas tapi bermakna dan atas kealpaannya, jadual yang diatur tidak selarian seterusnya menyusahkan rakan-rakan. Pernahkan anda terlupa, Opss!! kecuali buat2 lupa.




Kenapa lupa? Mungkin kerana pertambahan usia dan ketahuilah semakin banyak informasi yang kita terima, maka semakin besar peluang lupa. Kata orang tua2, jangan makan kepala ikan, nanti mudah lupa, betul ke!!
                                                            
Lupa dialami oleh semua orang. Terjadi kerana ada ganguan fungsi memori iaitu ‘penurunan daya ingat akibat proses ‘degeneratif’ kesihatan, kebarangkalian pada yang berusia..tapi pada yang muda juga boleh berlaku.

Apa yang harus kita lakukan supaya kita tidak mudah lupa? 

Pada yang pelupa, latihkan diri anda dan buatkan suatu tanda (petunjuk sistem memori) supaya kita tidak lupa setiap pesanan yang diterima  samada pesanan ringkas atau pesanan yang  berjela-jela.

Untuk mengingatkan diri sendiri tentang hal-hal penting, Siapkan catatan yang dekat dengan kita dan segera tulis segala hal penting termasuk tarikh, masa dan  sesuatu yang perlu dilakukan, sebelum kita lupa!!! Dengar baik-baik informasi penting dan buat catatan kecil untuk membantu mengingat kembali. 
 

PESANAN buat diri:-
 
Letakkan kembali barang yang ambil pada tempatnya semula. Atau simpam barang tersebut ditempat yang selalu dilihat atau dekat sesuatu yang setiap hari kita bawa.contohnya, letakkan pensel di meja di dekat pintu kamar, atau di dalam tas.Kesimpulanya Letakkan di Tempat yang strategis. Lain kali kena lebih beringat, hati-hati dan waspada.
Antara penyebab lupa:-

Kurangnya waktu tidur
Saat tubuh beristirehat bererti Anda juga memberikan kesempatan pada otak untuk melakukan releksasi.

Kurang Bersenam
Kurang bersenam adalah musuh bagi memori, kalau ada masa apa kata kita jogging atau bergotong royong membersihkan kawasan perumahan itu dikira senama juga  selain itu berenang, jalan kaki atau apa2 riadah yang dapat memgepam oksigen ke dalam otot dan meningkatkan aliran darah ke otak sehingga fungsi otak termasuk memori bekerja secara baik. Aktivitas fisik membantu memperbaiki aliran darah. Apapun aktivitas yang Anda pilih walaupun hanya berjalan pasti akan membantu menguatkan Anda

Kurang Berinteraksi:
Berhubungan sosial dengan teman dan keluarga dapat membantu seseorang terhindar dari lupa.

Dari Segi Pemakanan
Amalkan makan buah-buahan segar. Makanan yang mengandung elemen nutrisi yang 'menstimulus' fungsi otak termasuk daya ingat. Pemakanan buah2an dapat membantu kita berpikir dan mengingat kembali informasi lebih cepat. 
"Jangan sayang kan duit anda untuk kesihatan".

Stres & tekanan
Tarik nafas panjang2 hembus perlahan2 then baca selawat banyak2 atau mengambil wuduk. Saya kalau stress tidor.

Terapkan gaya hidup sehat.
Jangan berdendam dan berhasad dengki serta berprasangka buruk, Bersih dan sucikan hati dari sifat2 ini…waaAllahu..


Tiada ulasan: