Isnin, Januari 10

SERANGANNYA SUKAR DIRAMALKAN-STROKE

Photobucket
____________________________________

Pejam celik, pejam celik sudah melewati 8 tahun aku meninggalkan tempat lama dan kini kembali semula bertugas…biasa lah sebagai pekerja bawahan kemana diarahkan, kesitulah kita…banyak perkara perlu dipelajari. Terima kasih kepada pegawai yang terlibat mahupun rakan-rakan yang xjemu2 memberi tunjuk ajar pada ku. Kata orang tempat jauh lagi dikenang, inikan pula tempat sendiri, banyak kenanga pahit dan manis..mmm…lupa kan dulu..

Cerita untuk dikongsi bersama:-
Terima perkhabaran rakan sekerja telah mengalami lumpuh, umurnya tidak jauh bezanya dari aku, kira satu peringkat lah tuu. Sudah empat hari rakanku balik dan baru hari ini aku ada kelapangan menziarahinya….maafkan aku…
Sambung cerita, menurut rakanku itu, katanya penyakit datang tiba2 mula2 terasa kebas dipergelangan tangan, selang beberapa hari, ianya merebak pula ke lutut, kemudian kekejangan di bahagian lutut, semasa itu rakan boleh lagi berjalan. Hari ke hari penyakit tersebut mulai menunjukkan ke aktifannya, rakan tidak sedari dan pada anggapannya biasa saja dan yang terakhir serta ketara sangat, merebak pula ke bahagian belakang turun kepinggang dan ke punggung , menyebabkan rakan tidak dapat bergerak lagi (lumpuh) Bertapa azabnya dilalui hari2 yang sukar, bayangkan lah seluruh anggota badannya lumpuh, kecuali kepala, pada anak2 dan isteri yang sedia membantu tidak kira masa dan waktu. Terkini rakan boleh bangun sendiri, dilihat dari gerak aturnya perlahan-lahan, sedih aku melihat keadaannya..tentag percakapan rakan alhamdulillah dapat bercakap dengan baik dan lancar..Hanya doa pada ilahi yang dapat ku hulurkan agar rakan pulih balik seperti sedia-kala..insyaAllah.
Aku Cuma boleh menasihatinya supaya jangan amalkan mandi diwaktu malam, semasa bekerja jangan biarkan diri kekeringan, minum air banyak2 dan tubuh perlu dibaluti (pakai baju sejuk, sebab rakan bekerja dibawah air-cond) dan akhir sekali aku nasihatkan pada rakan agar berkaki ayam pijak ke bumi/tanah…rakanku terkejut mendengarnya sebab katanya sudah 10 tahun kaki tidak berpijak ke tanah…
Pernahkah rakan fb terfikir berapa kali kaki anda pijak ke tanah (berkaki ayam). kata guru ku, sekurang2 kita sebulan sekali perlu pijak ke tanah bagi membuang toksid beracun dari badan…waaAllahu…
“Cegah sebelum kena…bila dah kena menyesal tiada guna” Fikir-fikirkan….

Note: cuba baca laman blog ini untuk pengetahuan dan sama2 kita menafaatkannya.

Tiada ulasan: