Khamis, September 9

Menipu..Tertipu..DiTipu..

Sekadar berkongsi cerita, terpulang pada anda untuk menilainya, sekadar pendapat apa yang saya rasa " I’m not perfect "

Pernahkah anda ditipu atau menipu! Penipuan kadang-kadang diperlukan untuk waktu-waktu tertentu, menipu untuk tidak mahu menyakiti hati seseorang.



Pepatah juga ada mengatakan kebenaran itu kadang-kadang menyakitkan, penipuan dirancangkan, walaupun terasa bersalah teramat sangat bila menipu, tapi demi menjaga hati orang supaya orang itu tidak kecewa or sometime tidak salah kan! Tapi janganlah  selalu menipu, nanti  kebiasaan pula. Sekali menipu orang tak akan percaya selama-lamanya.

Kebanyakan dari kita lebih suka menggunakan alasan ‘ tipu sunat ’ untuk menampakkan penipuan itu suatu yang membawa kebaikan, begitu kee! Semua orang pernah menipu dan kalau ada yang kata tidak pernah tipu, memang dia penipu la tu! haaaa….

Siapa berani cakap yang sepanjang hidup dia, dia tidak pernah tipu langsung? Tiada seorangpun dalam dunia yang suci daripada melakukan penipuan, semua pernah menipu, setuju pendapat saya! Tipu anak, tipu ibubapa, tipu kekasih, tipu kawan, tipu suami/isteri… cuba kita tengok diri kita sendiri? Betul kita tidak pernah menipu?  Tidak kiralah apa bentuk jenis penipuan pun kita sebagai makluk manusia tiada kesempurnaan.

Anda ditipu, tentu rasa marah teramat sangat bila perkara yang sebenar terbongkar lebih-lebih lagi bila tahu sendiri daripada sumber-sumber lain, memang marah sangat-sangat.

mmm.. cuba ambil pendekatan ini, bagi peluang untuk org itu mengceritakan kedudukan yang sebenarnya kenapa tipu, dengar dulu dan apa alasannya then nilai balik, kita perlu bersikap positif, maafkan orang itu dengan seikhlas hati, baru hati akan tenan.

So,sempena AidilFitri 2010 minta maaflah kepada sesiapa yang mungkin telah ditipu, sebab ada kalanya ia hanyalah untuk kebaikan dan mengelakkan salah faham, eeee...menipu untuk mengelak daripada timbul lagi masalah yang lebih besar, tidak salah kan!!!

SELAMAT HARI RAYA Maaf,Zahir dan Batin…Bermaaf-maafan antara kita..

Tiada ulasan: