JIKA ANDA SELAMAT PULANG KE KAMPUNG UNTUK RAYA..BEGITU JUGA SELAMAT KEMBALI KE TEMPAT KERJA…
Adakah anda BEGINI:-
- Menganggap cukup layak digelar pemandu serta bebas bergerak ke mana saja setelah mendapat lesen pemanduan
- Menganggap anda cukup cekap dan hebat mengendalikan kenderaan yang dipandu
- Bangga di jalan raya dengan membawa laju
- Mendatangkan kenikmatan jika dapat memotong kenderaan lain dan beranggapan ’ AKU LAH JUARA ’
Terfikirkah anda:-
Orang Dibelakang Anda,Tanggungjawab Anda. Nyawa Anda Dan Nyawa Pengguna Lain.
Tidak malukah anda,jika digelar PEMANDU TIDAK BERHEMAH DI JALAN RAYA
Sedarilah:-
Hakikatnya keselamatan di jalan raya tidak terjamin dengan memiliki lesen atau pengalaman memandu semata-mata, walaupun bagi tempoh panjang.
Kebolehan memandu kenderaan sebenarnya suatu kemahiran yang perlu sentiasa dipertingkatkan kerana situasi pemanduan saban hari berbeza, ditambah pula dengan kehadiran pemandu tidak berhemah di jalan raya.
‘ ESOK PASTI ADA..NAMUN ESOK BELUM PASTI UNTUK KITA ’
Tiada ulasan:
Catat Ulasan