1. Sebelum memasuki Mahkamah Terbuka sila pastikan telefon bimbit, alat kelui dan lain-lain alat elektronik yang boleh menghasilkan bunyi dipadamkan.
2. Sila berada di dalam Mahkamah sebelum persidangan bermula. Jika Mahkamah telah bersidang, untuk memasuki Mahkamah sila tunduk hormat selepas membuka pintu dan ambil tempat duduk. Jika perlu keluar semasa Mahkamah sedang bersidang, sila beredar dengan senyap, tunduk hormat kepada Mahkamah dan buka pintu tanpa membuat bising.
3. Sila tampil ke hadapan apabila nama anda dipanggil.
4. Semasa Mahkamah bersidang hendaklah tumpukan sepenuh perhatian kepada prosiding. Perbuatan seperti berbual-bual, ketawa, menguap, sendawa, membaca surat khabar atau majalah, tidur dan makan adalah dilarang kerana ini boleh dianggap anda tidak menghormati Mahkamah.
5. Kanak-kanak kecil yang terpaksa hadir ke Mahkamah hendaklah dikawal sentiasa supaya tidak membuat bising dan menganggu perbicaraan.
6. Haruslah diingati bahawa Mahkamah adalah tempat di mana perbicaraan diadakan dan hendaklah sepanjang masa dihormati supaya keadilan dapat dilaksanakan sepenuhnya.
B. WAKTU
1. Pukul 8.30 pagi atau atas arahan masa yang ditentukan oleh Mahkamah.
C. PAKAIAN
1. Pakaian yang bersih dan kemas. Pakaian yang tidak menjolok mata. Anda dilarang memakai:
(a) Seluar/skirt pendek
(b) Jeans
(c) Selipar
(d) Topi Keledar
(e) Cermin mata hitam
(f) Jaket kulit
(g) Pakaian warna terang dan sarat dengan perhiasan.
D. DOKUMEN-DOKUMEN
1. Pengenalan Diri
Sekiranya anda adalah seorang warganegara Malaysia, anda dikehendaki membawa Kad Pengenalan/Sijil Kelahiran. Sekiranya anda adalah seorang warganegara asing anda dikehendaki membawa Pasport Antarabangsa atau dokumen-dokumen yang berkaitan.
2. Anggota-Anggota Kerajaan
Sila bawa bersama anda kad kuasa jabatan dan dokumen yang berkaitan.
3. Pemilik Syarikat
Kemukakan Sijil Pendaftaran Syarikat dan dokumen-dokumen yang berkaitan.
4. Wakil Syarikat
Surat Perwakilan mesti dibawa bersama.
5. Pemilik Hartanah
Sila kemukakan geran dan dokumen-dokumen yang berkaitan.
6. Sijil Sakit
Pastikan sijil sakit menyatakan anda tidak sihat untuk hadir ke Mahkamah.
E. PERANAN SAKSI DI MAHKAMAH
1. Saksi adalah seseorang yang akan memberi keterangan mengenai sesuatu fakta berkaitan dengan kes yang berkenaan.
2. Seseorang yang diserahkan dengan sapina oleh mahkamah adalah seorang saksi dan beliau mestilah hadir ke Mahkamah untuk memberi keterangannya. Sekiranya gagal hadir Waran Tangkap boleh dikeluarkan terhadap beliau.
3. Tujuan saksi hadir ke Mahkamah adalah untuk mengemukakan keterangan secara lisan atau secara dokumen mengenai sesuatu fakta supaya Mahkamah dapat membuat keputusan berdasarkan keterangan – keterangan yang diberikan.
F. APAKAH YANG PERLU ANDA LAKUKAN SEBELUM KE MAHKAMAH
1. Pastikan tarikh/waktu dan tempat perbicaraan tersebut. Sila rujuk pada sapina.
2. Sekiranya anda dikehendaki mengemukakan apa-apa dokumen, dokumen tersebut disediakan dan dibawa pada hari perbicaraan.
3. Rancanglah perjalanan anda, supaya anda sampai ke Mahkamah sebelum 9.00 pagi.
4. Anda hendaklah berpakaian kemas, sopan dan tidak menjolok mata.
G. TANGGUNGJAWAB SAKSI SEMASA MEMBERI KETERANGAN DI MAHKAMAH
1. Gunakan bahasa yang difahami untuk memberi keterangan. Jurubahasa akan disediakan untuk bahasa – bahasa selain daripada Bahasa Malaysia.
2. Angkat sumpah di dalam kandang saksi dengan suara yang kuat dan jelas sambil mengangkat tangan kanan paras bahu.
3. Kemukakan kad pengenalan/kad kuasa/paspxort melalui Jurubahasa untuk rujukan dan rekod Mahkamah.
4. Hendaklah mendengar dengan teliti soalan – soalan Pendakwa/Peguam dan jawab apa yang ditanya sahaja. Jika ada sebarang soalan yang tidak difahami atau tidak jelas, dapatkan penjelasan.
5. Pastikan jawapan/keterangan yang diberikan adalah secara jujur dan benar. Saksi adalah terikat dengan sumpah untuk berkata benar.
6. Bawa bersama – sama dokumen – dokumen yang akan dikemukakan ke kandang saksi. Dapatkan keizinan Mahkamah sekiranya ingin merujuk dokumen.
7. Sekiranya keterangan belum selesai/saksi tidak sempat memberi keterangan, sila pastikan tarikh sambung perbicaraan dicatatkan kerana saksi perlu hadir pada tarikh tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan