Jumaat, September 17

Kenali Cicak Tokek

Cicak tokek penawar penyakit HIV/AIDS?


Di AidilFitri tempohari, sewaktu aku berkunjung kerumah teman, ada beberapa foto spesis dari cicak tokek  dipaparkan pada aku , eh!!yang ni pun kau buru juga , 'menantang ni boleh jana duit oiii'..


Aku sendiri tak pernah dengar nama cicak tokek , rakanku panggil cicak hutan .  Suatu spesis  yang mesra alam , suka berkenalan dengan manusia yang biasa mengunjungi  hutan , teguran dibuat dengan mengeluarkan suatu bunyian , macamana bunyinya tidak pula aku ketahui , kata kawanku lagi , warna kulit cicak tokek akan berubah mengikut situasi semasa , jika terlekat dibatang pokok , warnanya sama dengan pokok tersebut . 


Jika terletak di daun , warnanya berubah ke daun-daunan . Untuk membezakannya dari cicak biasa dimana pada tubuhnya ada bintik-bintik kecil bersinar-sinar , cantik ! begitulah info dari kawanku dan aku , geli dibuatnya . Apa yang menarik tentang cicak tokek.........
Menurut Pengarah Eksekutif Dana Hidupan Liar Malaysia (WWF) Malaysia, Datuk Dr. Dionysius S.K. Sharma, nama saintifiknya Gecko, spesies ini cuma sepanjang 17.6 sentimeter dan lebar badan cuma sebesar 3 sentimeter, tergolong langsung dalam keluarga biawak. 

Cicak tokek mungkin spesies yang jarang didengari oleh masyarakat tempatan tetapi haiwan itu mempunyai nilai tinggi di pasaran kerana didakwa mempunyai khasiat mujarab untuk merawat pelbagai penyakit spt sakit kulit dan asma termasuk HIV/AIDS . Dipercayai setelah cicak itu mencecah berat 350 gram ke atas, ia boleh mengeluarkan satu enzim yang mampu mengubati penyakit HIV dan AIDS, Khasiatnya terletak pada lidahnya, waallahu. Bagaimanapun, kebenaran dakwaan itu tidak dapat dipastikan dan ia boleh dibuktikan jika satu kajian saintifik dijalankan terhadap haiwan tersebut.

Sumber dari Ajaibbenar difahamkan bahwa cicak tokek ini mengandungi suatu zat aktif yang mempunyai sifat theurapetik. fakta ini muncul seperti pada kejadian hempedu beruang yang ternyata juga mengandung zat aktif bersifat theurapetik. Zat aktif tersebut yang masih dalam tahap uji klinikal tahap 1 telah menunjukkan hasil yang signifikan. zat aktif yang diberi dengan nama IUPAC Tri-heksipentafenikol mempunyai sifat menghambat pertumbuhan kanker/metastasis sel kanker, melawan HIV dan H1N1 viral. 

Dari berita yang didengari harga bagi seekor cicak tersebut di pasaran boleh mencapai RM3 juta jika berat haiwan tersebut mencecah 500 gram.

Fuyooh!!peluang jadi jutawan ni. Pada rakan yang mana nak menjana duit tuu dicampur dengan minat sekali, boleh la mencuba, mana lee tahu, untung sabut timbul, untung batu tenggelam, suatu hari menjadi kenyataan digelar Jutawaan Cicak Tokek .

Tiada ulasan: