Jumaat, September 24

Khasiat Bunga Rossella

Sudah lama aku tidak bertandang kerumah sewaan rakan sekerja di Kerteh , asalnya dari Prai . Adat tetamu, biasalah dihidangkan kuih muih dan minuman untuk hidangan . Bertanya kawan ku ’ tahu apa minuman tuu? 

Air berwarna merah kemerahan, rasanya masam dan juga manis . Air Ribena! senyum kawanku . Pernah dengar pokok Rozel?. Dihalaman rumahnya ada kira-kira 11 pokok Rozel tersusun elok . Aku berminat untuk mengetahuinya ..mmm.. boleh jana pendapatan .


Pokok Rozel dalam bahasa saintifik di panggil Hibiscus Rosa Sabdariffa . Juga dipanggil Asam Kumbang , Pokok Ribena , Roselle , Red Sorrel , Indian Sorrel dan Florida Cranberry dari habitat/famili Malvaceae .

Pokok Rozel adalah tumbuhan semusim , ketinggiannya boleh mencapai sehingga 3.5 meter . Ia mudah membiak dari biji benih dan memerlukan cahaya matahari serta saliran yang baik .
Daunnya berwarna hijau tua dengan pelepah daun yang berwarna kemerahan .  Poko Rozel juga boleh membiak melalui keratan batang. Untuk membiakkan rozel , bijinya perlu ditanam kira-kira 20cm dari permukaan tanah . Pada permulaan penanaman , pastikan tiada rumpai yang menganggu pertumbuhan kerana tahap pertahanan Rozel agak lemah ketika ini .

Baja kandang (tahi kambing) ialah baja yang paling sesuai untuk penanaman Rozel . Bunga Rozel mula boleh dituai kira-kira tiga minggu dari pertumbuhan bunganya . Pokok ini juga terdedah kepada penyakit seperti penyakit daun bertompok. Ia juga mudah diserang oleh parasit seperti kutu daun (aphid) .

Bahagian Rozel yang boleh dimakan ialah kelopak bunga atau buahnya yang dipanggil kaliks. Kaliks berwarna merah terang dan bersifat mudah patah atau rangup . Antara kegunaan kaliks Rozel ialah dijadikan jus, kordial, bahan campuran dalam biskut dan kek . Daun Rozel yang mempunyai rasa agak masam boleh dijadikan campuran dalam masakan seperti tomyam dan sup .
Cara mudah untuk mendapatkan air Rozel ialah dengan merebus kaliksnya dan dicampur sedikit gula. Air ini enak diminum setelah disejukkan dan dicampur dengan sedikit gula. Untuk menghilangkan bau rebusan campurkan dengan sedikit perahan limau nipis atau titiskan sedikit esen vanila.

Rozel mempunyai sifat astrigen dan antiseptik. Ia boleh digunakan untuk merawat batuk , cirit birit dan berak berdarah . Rozel juga mempunyai kandungan asik askorbik(vitamin C) yang tinggi yang dapat membantu badan membina sistem pertahanan melawan penyakit.

Kegunaan lain :
  1. Menurunkan Asam Urat
  2. Peneutral Racun
  3. Menurunkan Hipertensi
  4. Menurunkan Kadar Gula
  5. Menurunkan Kolestrol
  6. Mencerdaskan Otak
  7. Melangsingkan Tubuh
  8. Mencegah Kanser
  9. Menyehatkan Mata
  10. Menurunkan Suhu Badan
  11. Sesuai untuk ibu hamil, guna membentuk kecerdasan otak anak dalam kandungan

Dos untuk menjaga kesihatan :

1. Masukkan 5-7 kelopak bunga Rosel ke dalam 1 gelas air hangat, rendamkan selama 5-10 minit sampai warnanya pudar dan air berwarna merah lalu diaduk, saring ampasnya.

2. Boleh ditambahkan gula atau madu.

3. Bunganya dapat dimakan (berzat tinggi).

Sumber dari melur.com/myherba

Tiada ulasan: