Selasa, September 14

Pandu Cermat Elak Kemalangan Jiwa..

JIKA ANDA SELAMAT PULANG KE KAMPUNG UNTUK RAYA..BEGITU JUGA SELAMAT KEMBALI KE TEMPAT KERJA… 

Adakah anda BEGINI:-

  1. Menganggap cukup layak digelar pemandu serta bebas bergerak ke mana saja setelah mendapat lesen pemanduan
  2. Menganggap anda cukup cekap dan hebat mengendalikan kenderaan yang dipandu
  3. Bangga di jalan raya dengan membawa laju
  4. Mendatangkan kenikmatan jika dapat memotong kenderaan lain dan beranggapan ’ AKU LAH JUARA ’



Terfikirkah anda:- 

Orang Dibelakang Anda,Tanggungjawab Anda. Nyawa Anda Dan Nyawa Pengguna Lain.

Tidak malukah anda,jika digelar PEMANDU TIDAK BERHEMAH DI JALAN RAYA

Sedarilah:-

Hakikatnya keselamatan di jalan raya tidak terjamin dengan memiliki lesen atau pengalaman memandu semata-mata, walaupun bagi tempoh panjang. 

Kebolehan memandu kenderaan sebenarnya suatu kemahiran yang perlu sentiasa dipertingkatkan kerana situasi pemanduan saban hari berbeza, ditambah pula dengan kehadiran pemandu tidak berhemah di jalan raya.

‘ ESOK PASTI ADA..NAMUN ESOK BELUM PASTI UNTUK KITA ’

Tiada ulasan: