Khamis, Ogos 25

Mesin Parking

Rata-rata kat kuala lumpur ada benda ni, mesin parking elektronik (aku panggil mesin kronik) inilah mesin kebanggaan DBKL. Pada sesiapa yang baru datang sini (Kuala Lumpur) kena belajar cara nak beri dia makan, kesian dia lama dah tercegak kat situ tunggu disuapkan, makanannya duit syling dan kad touch n go.Asal saja kereta letak jika tiada pemandu walaupun sekejap, cepat-cepatlah korang bayar parking kat mesin ni, tidak kalooo ala ala atuk datang. Kuala Lumpur banyak peluang, banyak pula sengsaranya..tak caya cuba tanya penghuni sini 'peluang dalam sengsara'..eee..lebih baik naik moto..