Ahad, November 24

Serangan Jantung..

Semalam seorang kenalan dimasukkan ke hospital unit ICU akibat serangan jantung. Sebenarnya kita boleh merasai tanda-tanda dan gejala awal

Antaranya:
• Rasa nyilu dan kesakitan pelik pada bahagian badan

• Rasa mual dan muntah-muntah
• Dada rasa tersempit pada bahagian tengah dan berterusan untuk beberapa minit
• Berpeluh tapi sejuk
• Kepala pening, macam nak pengsan

Bilamana merasa mungkin serangan sakit jantung, cepat-cepatlah hubungi nombor kecemasan untuk bantuan dan dapatkan bantuan dari keluarga atau jiran terdekat untuk hantar ke hospital. 

"Inilah realiti kehidupan, setiap detik dan saat kita berdepan dengan kemungkinan,kita seharusnya bersyukur padaNYA kerana diberi kesihatan yang baik"