Isnin, November 25

Biarkan ianya berlalu pergi..

Kenangan lalu adalah sebahagian kecil dari kehidupan kita.Biarkan dan redhakanlah ianya berlalu.


Pada kenangan manis katakan padanya, “tempatmu hanya di situ kerna aku ingin terus menerokai hari baru, sesekali boleh bercerita tapi hanya untuk seketika”. 
Pada kenangan pahit katakan ‘terima kasih di atas semua pengajaran yang mengajarku dan kini aku akan lakukan sesuatu yang benar dan lebih baik, aku ingin terus menatap matahari kehidupanku dengan harapan baru dan engkau sedikitpun tidak berhak untuk mengurung jiwaku. Biarkan aku bebas memilih kehidupanku.”

Bisikan pula untuk hari esok “engkau boleh terus menunggu kerana aku ingin menikmati hari ini sepuasku. Walaupun pertemuan kita belum pasti, namun aku ingin lakukan yang terbaik pada hari ini.