Sama ada kita sedar atau tidak, sama ada kita ingin menerima atau pun tidaknya, tapi yang sebenarnya kitalah salah satu penyumbang besar luka di hati sendiri.Sebabnya kerna kita yang membenarkan diri kita bersedih atas perbuatan orang lain.Kitalah juga yang mempercayai orang yang salah. Kitalah juga yang menyimpan harapan tinggi kepada orang yang tidak sepatutnya.
Namun begitu kita juga seharusnya tahu bahawa luka itu juga ada manfaatnya, sesungguhnya setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya.