Seorang rakan ada bertanya, apa perkara yang membuatkan kita rasa puas (satisfaction).
Padaku ianya sesuatu yang abstrak dan sukar untuk ditafsirkan kerna ia lahir dari perasaan seseorang insan. Kepuasan tidak dapat diukur dengan tepat, kerna telah menjadi lumrah, manusia itu
tidak pernah puas dengan apa yang ada. Namun begitu, mereka hanya mampu
menghampiri kepuasan dalam dirinya dengan melakukan sesuatu perkara semampu yang mungkin.
Hanya sebilangan sahaja yang berjaya
menikmati erti kepuasan yang sebenar, kerna terdapat banyak faktor yang menjadi
halangan untuk mencapainya. Antaranya ialah faktor beban tugas, faktor pengurusan dan faktor dalaman
diri manusia itu sendiri.
Setuju...eee..