Selasa, November 27

Durian Oh Durian...

Kulit yang keras dan berduri tak disangka pula mempunyai isi yang lembut dan manis.Ia digelar sebagai raja segala buah kerana khasiat yang dimilikinya.Baunya  kurang menyenangkan bagi sesetengah orang.Jika buahnya di simpan dalam bonet kereta, bertapa kuat aromanya sampai dua tiga hari tak hilang-hilang. 

Durian sedap dan berkhasiat dimakan sebaik buahnya gugur sehingga 4 hari. Kualitinya semakin berkurang selepas seminggu ia dipungut. Ia juga boleh dijadikan tempoyak sebagai pes ataupun dibuat pulut durian dicampur dengan santan..mmm..sedappp..

Antara khasiat Buah Durian:-

  • Dapat menurunkan kadar kolesterol dan membersihkan darah dalam badan kerana  mengandungi 'phytonutrien' dan 'anti-oksidan' yang tinggi
  • Mengandungi asid amino dan vitamin B, C dan E baik untuk kesihatan.
  • Mempunyai  zat besi yang tinggi membantu sel darah putih menghasilkan kimia semulajadi membunuh jangkitan.
  • Dengan Anti-Oksidan yang tinggi boleh mengurangkan proses penuaan membuatkan kita awet muda.
Jom kita makan durian...