Khamis, Julai 26

Rajin-rajinlah gosok perut...

Orang kata perut buncit tandanya bahagia atau tanda kemewahan tapi yang pastinya berkait rapat dengan banyak masalah kesihatan termasuklah masalah jantung. Patut lee perut buncit semacam jer.


Semakin buncit perut, itu menandakan seseorang semakin tidak sihat. Ukuran lilit yang ideal kaum lelaki ialah 90cm dan bagi wanita adalah 80cm. Jom kita ukur berapa ukur lilit perut kita. 

Bagaimana supaya tidak nampak buncit? Kita kena jaga pemakanan yang baik dan melakukan senaman secara konsisten. Mungkin cara sedutan lemak boleh dilakukan tapi kesannya adalah tidak berkekalan jika tidak mengamalkan cara hidup yang sihat.

Ada beberapa jenis makanan dapat membantu mengempiskan perut salah satu darinya buah tembikai, jom kita kita buat jus tembikai. Semoga kita sama-sama berazam agar perut kita tidak buncit dan seterusnya mendapat kesihatan yang berkekalan, Insya-Allah.


Petua tak nak perut buncit, rajin-rajinlah gosok-gosok perut dengan tangan kemudian katakan wahai perut jangan lah kau buncit...eeee..