Rabu, Disember 7

Andai Kata...

Mawar merah di atas peti,
Bunga melur saya kalungkan,
Reka cerita nak hibur hati,
Apa yang kurang mohon maafkan







Saya tanya, saya jawab…eeee...ANDAIKATA..

Andaikata ada yang suka denganku (si jelitawan dan kaya raya) untungnya aku, nyiru tapak tangan kawah ku tadahkan

Andaikata aku boleh menghilangkan diri, bebas bergerak kemana saja, pekena rakan-rakan

Andaikata aku tahu sakaratul maut menghampiri ...mmm..beramal siang-malam dan berdoa, taubat,taubat, taubat


Andaikata aku dapat hadiah RM 1 juta, selesai semua hutang-hutangku dan rakan yang berhutang dengan ceti, hidup aman dan tiada resah gelisah

Andaikata aku pengemis dijalanan, tiada lagi teman untuk mendampingiku

Andaikata aku masuk kerja ikut masa yang aku suka wow!!syoknya

Andaikata aku dapat ke masa silam, akan ku jumpa Hang Tuah tuntut ilmu pengasih

Andaikata aku tidak dimamah usia, tidak payah fikir-fikirkan dimasa tua

Andaikata aku jadi BOS tentu ku duduk dikerusi bos, pekerja kena patuhi arahan bos, tiada lagi yang mengarah..eeee..sorry BOS!

Andaikata aku dapat membaca fikiranmu. terbongkar semua rahsianya..haaaa

Andaikata aku dapat meramal dimasa depan, masyhurnya aku sebab menjadi tumpuan untuk rujukan

Andaikata ...cukup sampai di sini, rakan reka la sendiri ya..

Tiada ulasan: