Khamis, November 24

Semakin berusia semakin dekat padaNYA

Sememangnya menjadi adat di dunia ini bahawa setiap insan tidak dapat melawan usia tua. Bermula dengan penglihatan yang kabur, rambut yang hitam menjadi putih, kulit yang berseri akan berkedut dan lebih daripada itu, kita tidak dapat bergerak segagah dahulu,pasti suatu masa nanti kita akan kembali menemui Allah subahanua ta'ala.

Allah berfirman dalam surah Al-A'raf ayat 34

Maksudnya : " Dan bagi tiap-tiap sesuatu itu ada tempohnya yang telah ditetapkan, maka apabila datang tempohnya tidak dapat mereka mengundurkannya walaupun sesaat dan tidak pula didahulukannya "

Kehidupan akan lebih bermakna sekiranya diserikan dengan kasih sayang daripada anak-anak dan orang sekeliling.Terima kasih rakan-rakan. Terima kasih atas segalanya. Halalkan semua kesalahan dan kesilapan semasa perkenalan kita..

Tiada ulasan: