Ahad, September 18

Hormati Pada Janji..

Apabila ada orang berjanji tetapi gagal untuk menunaikan janji. Apakah perasaan rakan? pastinya bengang, marah dan kecewa. Mungkin rakan pernah berhadapan dengan situasi sebegini. Ada peribahasa bunyinya: ” Kalau LEMBU dipegang pada TALINYA, Manusia pula dipegang pada JANJINYA “ oleh itu bila berjanji perlulah ditepati dan cuba tunaikannya nanti disamakan kita dengan lembu pula..eeee... dan jika kita tidak mampu untuk menepatinya, cepat-cepatlah minta maaf dan berusaha sedaya mungkin untuk menunaikannya kerana dengan cara demikian, kepercayaan, kredibiliti dan rasa hormat orang lain kepada kita akan tetap ada. Tetapi sekiranya anda buat tak tahu je, orang akan kategorikan kita sebagai PEMBOHONG.


Dan semalam saya ada buat janji dengan seseorang tapi tak dapat ditunaikan lantas  cepat-cepat saya minta maaf ’I’m so sorry’ sepatutnya saya habis kerja jam 6 petang tapi ada hal dipejabat lalu diteruskn sehingga ke jam 1200 tengah malam, apa nak dikata, sebagai pekerja bawahan kenalah ikut perintah, pada rakan yang berkenaan 'maafkan saya'. selalunya camtu lah, jika berjanji ada-ada saja halangannya, sebenarnya ada hikmah disebaliknya, cuma kita tidak perasan.

Tiada ulasan: