Ramai yang tak suka kepada lipas sebab ianya geli, jijik dan sebagainya. Pelbagai ubat digunakan untuk membunuhnya tapi ianya tetap ada. Sebelum kita hendak menghindari lipas, jom kita kenali ciri-ciri lipas, kemudian kita aturkan strategik bagi menghapuskannya
Ciri2 LIPAS
Nama lipas dalam Bahasa Inggeris dipanggil 'cockroach' berasal daripada perkataan Sepanyol “cucaracha” yang bererti 'serangga gila'...eee..nama pun udah pelik..
Seekor lipas boleh menahan nafas selama 40 minit dan dapat hidup 3-4 minggu walaupun kepala dia terputus. Lipas mempunyai darah berwarna putih. Kebanyakkan lipas boleh terbang tapi bukan kesemuanya. Lipas yang paling besar di dunia adalah Macropanesthia Rhinocerus berasal daripada Australia yang beratnya adalah 50gram. Lipas goreng adalah makanan yang biasa di Cambodia. Rakan boleh search internet.
Lipas makmal betina boleh menghasilkan anak tanpa bantuan lipas jantan dan anak-anak dia semua betina. Lipas anak hanya perlu mengawan sekali dan mampu menghasilkan anak sepanjang hidupnya Agak mustahil untuk menangkap seekor lipas sebab dia ada rambut-rambut halus yang boleh mengesan angin daripada pergerakkan apa-apa yang menghampirinya. Semasa perang di Vietnam, tentera Amerika menggunakan lipas untuk mengenal pasti askar-askar komunis yang menyamar sebagai petani. Lipas ada gigi di dalam perutnya..eee..pelik la.. Lipas yang dilumatkan bergunakan bagi membantu menghilangkan kesan bisa. Opss!! lipas boleh menukar arah sebanyak 25 kali dalam masa satu saat. Kalau lipas patah kaki, kaki itu boleh tumbuh semula.
Pernafasan lipas melalui bahagian tepi badannya dan bukan melalui hidung. Lipas hanya ada 6 kaki tapi memiliki 18 lutut dan boleh berlari sepantas 3 batu sejam, Teringat pulak peribahasa kita 'bagaikan lipas kudung'.
Lipas dikatakan menghabiskan 75% masa sehari dengan hanya berdiam tanpa buat apa-apa. Sebiji telur lipas boleh menghasilkan 28-30 ekor anak lipas. Jadi bayangkanlah, betapa sukarnya untuk hapuskan serangga ni. Kalau berlaku peperangan nuklear, lipas adalah satu-satunya makhluk yang boleh hidup...aghhhhh..
Petua Nenek:-
Lipas amat suka mendiami laci-laci pada almari di samping meninggalkan bau yang kurang menyenangkan.
Anda boleh menghalau lipas-lipas ini dengan cara :-
Simpulkan beberapa helai daun pandan. Kemudian letakkan di dalam laci dan almari. Laci juga akan berbau harum.
Senangkan!..selamat mencuba..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan