Selamat pagi semua, semoga rakan-rakan dapat tidur dengan lena dan cukup semalam. Wah! indah sungguh mimpi tadi, rasanya nak sambung lagi, biar mimpi itu datang kembali..eee..lena tidorku
Jika teratur tiga perkara ini maka teraturlah hidup kita iaitu jaga waktu solat, waktu makan dan waktu tidor. Waktu solat demi kesihatan jiwa, waktu makan utk kesihatan badan dan waktu tidor untuk kesegaran dan ketangkasan minda, fizikal dan mental. Peninju termashyur Muhammad Ali sebelum masuki pertandingan tidor sekejap..mengapa..mmm..TIDUR BUKAN SEKADAR MEMEJAMKAN MATA.Kalau dapat biarlah tidor kita mendapat pahala.
Tahukan rakan jika waktu tidor tidak mencukupi kita akan keletihan pada siang hari, pendek kata tidor yang cukup adalah asas dalam kesihatan badan. Manusia normal memerlukan 6 hingga 8 jam tidor dalam sehari, jika kita peruntukkan masa 6 jam untuk tidor bererti ¼ daripada umur kita dihabiskan untuk tidor, contohnya jika hidup 40 tahun bermakna 10 tahun waktu tidor kita, jadi gunakan masa itu untuk tidor. Terasa rugi kalau tidak cukup tidor. Dalam alquran Allah menyatakan bahawa malam khusus untuk tidor jika kita melawan fitrahnya kita akan kalah.
Kategori tidor ada dua jenis yakni tidor mati dan tidor ayam. Tidor mati, tido yang tak sedarkan diri, macam orang mati, sukar untuk dikejutkan dan tak boleh main panggil-panggil tapi kena gegar tubuhnya atau kena siram dengan air baru bangkit manakala tidor ayam lawan kepada tidor mati iaitu kejap tidur kejap tidak, mudah terjaga, tidor tapi tak tidor, susahnya nak nyenyak tidor.
Ada orang yang tak tidor! Mana mungkin! Biasanya jika manusia tidak tidor lambat laun akan menemui kematian, cuba perhatikan pada pesakit, jika pesakit tidak dapat melelapkan mata itu tandanya umur tidak panjang.Walauapapun hanya Allah snwt yang ketahui. Dalam alquran Allah telah nyatakan bahawa dia tidak rasa mengantuk apatah lagi tertidor. Dia tidak letih. tidak lapar. tidak bosan dan tidak sakit sepertimana manusia. Maha suci Alah daripada sebarang kelemahan dan kekurangan. Itu sifat-sifat kesempurnan Allah snwt.
Ada antara kita yang suka berjaga sehingga ke larut malam, waktu malam diperuntukkan dengan pelbagai aktiviti, percayalah ini akan memudaratkan kesihatan, seeloknya tidur awal dan bangun awal. Manfaatkan waktu seleps subuh yang berkat.InsyaAllah.
Adab sewaktu hendak tidor, niatkan untuk mendapatkan kerehatan, semoga kita dapat bangun untuk solat subuh pada keesokan harinya, kalau boleh kita berwuduk kerna air wuduk akan menyejukkan hati, merehatkan emosi dan menstabilkan fikiran dan berdoakan dikala hendak tidor kemudian tidurlah, seeloknya mengiring dengan pipi mengiring ke kanan dan muka menghadap kiblat. Jika tidor terlentang, letakkan kaki kanan di atas kaki kiri seawal hendak tidor tapi elakkan daripada tidur meniarap kerna itu gaya tidur ahli neraka. Dan selepas bangun dari tidor berdoalah dengan lafaz "segala pujian bagi Allah yang menghidupkan kami selepas mematikan kami dan kepadaNyalah kami akan dikembalikan.
Jangan leka dan lena mungkin tidur kita nanti tidor yang selama-lamanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan