Semalam terima berita ayahanda seorang rakan facebook telah meninggal, salam takziah buat keluarga arwah, semoga rohnya berada dikalangan orang-orang yang soleh..InsyaAllah..
Firman Allah yang bermaksud;
Setiap yang hidup pasti akan merasai mati.
(Surah al-Anbiya’: 35)
Setiap muslim yang mengaku beriman pasti menerima hakikat bahawa kematian bukan bererti segala-galanya akan berakhir di situ bahkan ia merupakan babak baru untuk menempuhi babak-babak seterusnya.
Oleh itu, menjadi tanggungjawab kepada anak-anak dan waris mengurus dan menyelenggara jenazah sebaik-baiknya bermula dari rumah sehinggalah ke tanah perkuburan, kerana arwah akan berada disuatu tempat yang disebut Alam Barzakh untuk di soal oleh ALLAH SNWT.
Al-Fatihan dan bacaan surah Yasin untuk arwah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan