Khamis, Jun 2

01 June 2011 Lapor Diri


“Hello D, hari ini tarikh lapor diri, jangan lupa” dari seorang rakan. “Maafkan saya, mungkin lewat datang sebab semalam tamat kerja jam 0245 pagi, jam 11:00 pagi saya hadir untuk melaporkan diri.

Hari ini tarikh melaporkan diri bagi jawatan baru, kehendaki melapor diri kepada pengurus seperti mana dalam surat bertarikh 11 Mei 2011.

Selamat pagi tuan, saya melapor diri. “Sila catatkan nama, no staf, depoh, alamat rumah dan  no phone yang perlu dihubungi sekiranya berlaku kecemasan, kemudian serahkan kepada yang berkenaan” kata penyelia baru aku.

Di bilik tersebut aku menemui beberapa rakan lama  dan masing-masing mengucapkan tahniah atas kejayaan. Kemudian kami diarah berbaris untuk mendengar taklimat dari pengurus disamping meraikan seorang staf yang menamatkan kerjanya hari ini (pencen). 

Selesai acara kami dijemput menjamu selera, berkomunikasi, merapatkan ukhuwwah bersama staf baru dan lama, duduk bersama, berlawak jenaka, berkongsi pengalaman dan bertegur sapa seperti satu keluarga. Kami sedar yang kami akan memerlukan satu sama lain pada masa akan datang, sesuatu yang sangat penting iaitu NETWORKING. 

Selesai makan  kami disajikan dengan ceramah pengenalan berkaitan jawatan. Kursus pengenalan ini tidak hanya di dewan kuliah sahaja, banyak aktiviti luar disajikan. Beberapa jadual lawatan telah diaturkan dan kursus bena diri (LDK) yang akan diadakan pada 19 June nanti..mmm…untuk menguji kecergasan dan kekuatan fizikal bagi melahirkan seorang pegawai yang versatail. Begitu banyak ilmu yang diserap sebagai persediaan memulakan tugas. Kesimpulannya ceramah yang disampaikan semuanya berguna untuk kami pada masa akan datang.
Kata orang sudah kenal barulah boleh bercinta-cintan…eeee.Dalam tempoh sebulan kami akan diuji tahap pengetahuan dan kecekapan minda (peperiksaan berkaitan tugasan). Hati pasti berdebar-debar, harapan semoga kami boleh tersenyum dan bersedia dengan jawatan tersebut.
Sebuah perjalanan baru bermula dalam kitaran hidupku. Pada rakan komitmen dan tunjuk ajar dari anda amat diperlukan. Doakan akan kejayaanku..insyaAllah..

Tiada ulasan: