
Hari ini ke klinik panel untuk menjalani pemeriksaan kesihatan eksekutif. Sebelum pemeriksaan dibuat, dikehendaki berpuasa sekurang-kurangnya 8 jam supaya garis dasar (baseline) dapat dikenal pasti. Semalam tidor awal bagi mendapatkan waktu rehat secukupnya. Kali terakhir pemeriksaan dijalankan sekitar tahun 2009 dan kini 2 tahun sudah berlalu.
Badan seumpama injin,
sebagaimana injin ianya perlu diperiksa begitu juga dengan tubuh kita, baru lah
nampak kecacatannya. Jangan suka berandaian yang kesihatan kita selalu baik. Kalau
injin rosak boleh ditukar ganti, tapi kalau badan, pandai-pandai lah berpantang
dan makan ubat, yang selebihnya berdoa padaNYA.
Jam 1300 selesai pemeriksaan,
alhamdulillah bersyhukur aku ke hidrat ilahi kerana dianugerahkan kesihatan
yang baik. Satu anugerah dari tuhan yang tiada ternilai. Duit banyak, jika kita
sakit tak ada gunanya,
betul kan! Rakan bagaimana, sudah buat pemeriksaan?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan