Rabu, Februari 23

Tenang Hatiku Tenang..Pujukan Hati

Photobucket 


Dalam tradisi Melayu, mendodoikan anak sebelum tidur merupakan satu amalan. “Buai laju2 sampai pokok sena, apa dlm baju sekuntum bunga cina”. Saya selalu dodoikan anak camni “buai laju2, sampai cucur atap, bila udah besar pandai baca kitab. Opss! satu lagi..Kok Tu, Kok Ti, Kok Tat, telur dalam bakul, rambut adik lebat biar kakak cukur..eeee..pasti kakak senyum!!

Kalau anak tidak mahu tidur usik2 camni..

Makan nasi pucuk paku, Campur dengan daun ciku,
Datanglah hantu datang padaku, Dtg engkau temani anak ku…eeee..ia terus tido..haaa

As Salam kawan2…Berikut adalah tip utk dikongsi bersama:-

Jadikanlah marah umpama api di dapur hatimu. Panasnya, biar berpadanan. jangan terlalu kecil, dan jangan pula terlalu besar hingga tindakan mu kelihatan 'mentah'. Jom kita pujuk hati kita. Bayangkan huruf B…

Buang Yang Keruh, Ambil Yang Jernih
Buang Yang Bengkok, Ambil Yang Lurus

Buang Yang Mentah, Ambil Yang Masak
Buang Yang Pahit, Ambil Yang Manis

Buang Yang Busuk, Ambil Yang Wangi
Buang Yang Pecah, Ambil Yang Elok

Buang Yang Retak, Ambil Yang Baik
Buang Yang Kotor, Ambil Yang Bersih

Buang Yang Tawar, Ambil Yang Lemak
Buang Yang Panas,Ambil Yang Dingin

Buang Yang Sengketa, Ambil Yang Damai
Buang Musuh, Ambil Sahabat
Buang Seteru, Ambil Saudara

Pujukan untuk hati yang lara….baca lah surah Ad-Duha..insyaAllah..

Tiada ulasan: