Isnin, Februari 21

Salam Maulidur Rasul Selasa 15-Feb-2011(Rabiulawal 12,1432H)

Photobucket
________________________________

Tertarik dengan dakwah ustaz hari ni. Katanya “Apa yang kita pandang, apa yang kita pegang, apa yang kita rasa, apa yang kita hidu itulah DUNIA..AKHIRAT pula sebaliknya benda xnampak”

Bagaimana pula dengan harta? Tiga perkara saja harta kita yakni:-

a. Duit yang kita beli utk makanan, itulah harta
b. Pakaian yang kita pakai itu lah harta
c. Sedekah yang kita hulurkan itulah harta walaupun kita bersedekah tampak kehilangan tapi itulah harta/saham yang akan dibawa kelak.

Bertanya lagi apa itu dosa, dosa adalah satu najis…….yang berada di dlm diri kita. Semua perkara dalam kehidupan perlulah mengikut sunah Rasullullah SAW, mana yang tiada atau sengaja diadakan, itu bida’ah dan antara bidaah pula ada yang digalakan dan ada pula yang tidak. Islam ada lah terbuka tidak sembunyi2. Begitulah Indahnya Islam..Salam Maulidur Rasul.


Majlis sambutan sempena Hari Maulidur Rasul di Madrashah Ekhwannul Muslimin Jln.Kastam pada Sabtu 19-Feb-2010, oleh PERKAP Cwgn.Port Klang. Terima kasih pada AJK semua. Anda dihargai..

Tiada ulasan: