Sabtu, April 13

Bersara dari jawatan...

Bismillahirrahmanirrahim,Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Salam Sejahera.. Persaraan adalah salah satu peristiwa penting dalam kehidupan setiap orang. Ia menandakan bahawa perjalanan orang yang menghabiskan masa muda mereka bekerja keras telah berakhir. Pesara kini boleh menghabiskan sepanjang masa mereka menikmati kehidupan yang mereka idamkan selama ini dengan melakukan hobi, mengembara ke seluruh dunia atau hanya menikmati menghabiskan lebih banyak masa bersama keluarga. Saya memanjatkan sepenuh kesyukuran ke hidrat Allah snwt kerna dengan limpah rahmat-Nya saya sampai keusia ini... Saya akan bersara pada 25April 2024, last berkhidmat pada 20 Apr 2024 (SABTU),cuti sehingga ...saya berkecimpung dalam dunia pengoperasian sejak tahun 1990 iaitu 34 tahun yang berlalu, kita perlu cepat dan cekap dalam melaksanaan tugas menyelesaikan kerja pada waktu yang ditetapkan atau on time... Saya memohon air kemaafan atas sebarang kesalahan baik dari tutur kata mahupun perbuatan,saya juga memohon maaf kepada rakan2 disepanjang tahun sehingga kini saya berada, sebarang kealpaan atau kesilapan mungkin berlaku, Ucapan terima kasih pada majikan yang memberi sokongan en.Salim(SMO) & en.Asri(MO), OCO especially en.Shukri,en Azman,en.Zaidi & en.Zahrul, CTC's especially en.Zaini,en.Hafiz,en Abd Rahman, en.MdAsri & en.Mukni Tidak ketinggalan juga pada semua pengurus stesen yang mengenaliku Woodland S'pura - Gemas -KualaLipis-GuaMusang-Tumpat, KLSentral-Ipoh-Butterworth -Padang Besar dan stesen perantaraannya..jua kepada pemandu tren ETS,Komuter dan Kargo..terima kasih atas kerjasama anda semua... Akhir kata sebelum saya akhiri izinkan sya membaca sebuah gurindam yang sy petik daripada Gurindam 12 Fasal kelima Karya Raja Ali Haji yang menggambarkan keperibadian yang perlu diikuti Jika hendak mengenal orang mulia lihatlah kepada kelakuan dia Jika hendak mengenal orang berilmu Bertanya dan belajar tiada jemu Jika hendak mengenal orang yang berakal didalam dunia mengambil bekal Jika hendak mengenal orang yang perangai baik lihatlah pada ketika bercampur dengan orang ramai Kalau ada pauh di daik, Bawa sebiji ke tanah seberang, Kalau ada budi yang baik, Sampai mati dikenang orang. Pahat papan serupa dulu, Bawah kain daun cermai; Rehatlah kita di fasa baru, Ukhuwah terjalin usah terurai Sekian terima kasih Wabillahitaufik walhidayah,wassallamualaikum warahmatullahi wabarakatuh