Ahad, November 2

Ucapan Tahniah..

Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada sahabatku iaitu Nasyran dan Rusli di atas kenaikan pangkat sebagai Eksekutif Terminal yang baru berkuatkuasa mulai 03 November 2014. 
Semoga dengan pelantikan ini, mereka berdua akan memberikan kerjasama dalam menyumbangkan idea dan tenaga dengan penuh dedikasi serta dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik dalam meneruskan kesinambungan dalam meningkatkan usaha bagi mencapai kecemerlangan Pengurusan dan Perniagaan secara keseluruhannya.

Justeru, diharapkan semua staf juga dapat memberikan kerjasama yang optimum dan sokongan yang sepenuhnya dalam semua urusan dan tugas kepada mereka yang dilantik ini bagi mencapai misi dan visi syarikat.