Khamis, Oktober 30

Salam Takziah

Terima berita kematian anak kenalan di Paka Kerteh Terengganu. Al-Fatihah buat almarhum, semoga dicucuri rahmat.




Kita datang daripada allah dan kedatangan kita adalah kedatangan mulia. Allah menghidupkan kita dan memberi peluang untuk membesar dan merasai keindahan juga kepahitan melayari bahtera kehidupan, hidup ini adalah anugerah dari mana kita datang, untuk apa kita hidup dan kemanakah tempat kembali kita nanti.

Matlamat hidup kita adalah ibadah dan hidup itu seluruhannya adalah ibadah. Kita datang daripada Allah dan kembali kepadanya.
Marilah kita berusaha untuk kembali ke sana dengan membawa rahmat Allah. Marilah kembali ke jalan Allah sebelum kita benar-benar digembalikankan..insyaAllah