Rabu, Oktober 16

Jaga Mulut Mu...

Jadilah orang yang... tetap manis ditempat yang pahit tetap sejuk ditempat yang panas tetap merasa kecil walaupun sudah menjadi besar tetap merasa rendah walaupun sudah menjadi tinggi tetap sederhana walau sudah menjadi hebat. Orang bijak dia tahu bila sepatutnya diam Orang beriman dia hanya bercakap baik atau diam saja Orang yang waras dia hanya bercakap bila perlu Orang baik dia hanya bercakap apa yang dia tahu Orang berhikmah dia hanya bercakap tepat pada apa, mengapa, bila, dimana dan siapa sahaja. Jagalah Mulut, kerna mulut badan binasa kerna mulut ada hati terluka kerna mulut tak bertegur sapa kerna mulut putus saudara kerna mulut kita dapat dosa kerna mulut kita masuk neraka.. Cukup malaikat Raqib'atid yang menilai baik dan buruk hidupku,mulutmu tak usah ikut campur..