Rabu, September 21

Pengalaman Positive Covid-19

Sebelum disahkan covid-19 aku mengalami beberapa simpton ingatkan biasa je, rasa macam nak demam tapi tak ada apa-apa plak dan semalam tidor mulai rasa sesak nafas,keesokkannya cepat-cepat hadirkan diri untuk swab test, sah positive covid-19.Aku ingatkan dah kebal covid sebab dah cukup dos, rupa-rupanya tidak. Bila disahkan Covid, kita kena kuarantin selama 10 hari sebab dalam tempoh tersebut kita tak tahu hari apa yang virus aktif, doktor cakap selepas 10 hari kita masih lagi positif tapi virus dah tak aktif dan ia akan pulih dalam masa enam bulan..duh lama tuu.. Apa tindakan kita bilamana disahkan positive, kita perlu pantau kandungan oksigen dalam badan, nak periksa camna plak, begini pertama kita perlu ada alat Oximeter, kalau dibawah 96 cepat-cepatlah sedut oksigen sbb jika terlambat kita akan mengalami sesak nafas, hospital la jawabnya, itupun kalau sempat. kita perlu sediakan botol Oksigen untuk simpanan kecemasan, kita tahu kematian itu ketententuan Allah snwt tapi kita perlu berusaha dari kematian mengejut..semoga pengkongsian bermanafaat