Rabu, Ogos 10

Doa buat sahabat

Berdoalah dengan penuh keikhlasan kerna doa tanpa pengetahuan sahabat kita amat mustajab di sisi Allah SWT. Semoga rakan kembali sihat dan gembira bersama keluarganya. Hakikatnya, kesakitan itu tidak mengira darjat mahupun kedudukan. Orang kurang kemampuan diuji dengan kesakitan dan begitu juga dengan orang berharta.Bezanya adalah bagaimana seseorang itu menghadapi musibah dan ujian yang datang. Sesungguhnya, hanya kekuatan diri dan kesabaran yang diperlukan untuk menghadapi semua ini.Bagi mereka yang diberikan kesihatan diri yang baik, bersyukur dan sentiasalah beringat. Malang itu tidak berbau dan ujian Tuhan tiada siapa yang tahu.Seperti kata Hamka; “Kehidupan itu laksana lautan. Orang yang tidak berhati-hati dalam mengayuh perahu, memegang kemudi dan menjaga layar, maka karamlah ia digulung oleh ombak dan gelombang”.Tiada siapa yang ingin ditimpa musibah...yang sakit perlu bersabar, yang sihat beringat..