Jumaat, Februari 11

Kenapa tak tenang & gelisah

Kenapa hati rasa kosong?. Macam tiada apa-ap perasaan. Kekadang, rasa tak tenang dan resah gelisah. Sunyi. Jiwa kusut.Bagaikan ada sesuatu yg tak kena, tetapi kita tak tahu kenapa. Bagaikan ada sesuatu yang hilang; something is missing; tapi kita tak tahu apa yang hilang itu. Bila bercakap dengan orang sekalipun, otak ke tempat lain. Rasa tidak ada semangat. Gelap/Kosong. Mengapa ya...Benar, tak ramai orang faham bila dan kenapa hati rasa kosong. Hanya yang pernah merasai akan faham situasi ini. Adakah kita perlu biarkan hati terus kosong, tanpa pengisian? Jalan pintas yang paling mudah dan berkesan ialah membaca Al-Quran, kalau boleh fahami isi kandungannya.Amalkan SOLAT TAHAJJUD bila bangun malam. Jika ada keraguan, tak tahu mahu pilih mana satu arah hidup, dirikan SOLAT ISTIKHARAH.Jangan sesekali biarkan rasa kosong dan sunyi itu terus menghantui hidup kita.Isikan dengan perkara-perkara yang bermanfaat.Jika jiwa menjadi kosong, rawatlah ia dengan zikir di hati. Jika jiwa menjadi kosong, penuhi Al-Quran di lubuk sanubari. Jika jiwa menjadi kosong, berlarilah kepada Ilahi. Jika jiwa menjadi kosong, ingatlah diri kepada mati. Kerana jiwa yang kosong itu permulaan bagi hati yg mati. Kerana jiwa yang kosong itu puncanya hati berbelah bahagi.Kerana jiwa yang kosong itu sumber lalainya hati. Rawatlah hati, gilaplah iman , In Shaa Allah, hati bakal subur kembali.Aku pohon keampuanan dari Allah Yang Maha Agung Terimalah amal ibadah kami Luaskanlah rezeki kami Sihatkanlah badan kami dekatkanlah kami dengan kebaikan permudahkanlah urusan kami didunia dan akhirat Ya Allah...semoga disembuhkan apa yang sakit dilegakan mana yang perit dilapangkan ruang yang sempit dimaniskan segala yang pahit.."Air tak selalunya jernih begitulah jua bicara Langit tak selalunya cerah begitulah jua kehidupan kita Jalan tak semuanya lurus begitulah jua langkah kita....itulah warna-warna kehidupan"...salam jumaat semua...