Bila kita terjatuh cepat-cepat lah ke klinik untuk mendapatkan rawatan, hari ini jatuh tak terasa sangat tapi bila malam, mulai berdenyut-denyut so jangan degil dan ambil jalan mudah.Bila sakit, memang macam OKU. Mulailah teringat,nikmat yang sering lupa saat sihat,iaitu kaki tangan dan tubuh badan. Bila berlaku macam ini baru sedar semula akan nikmat ni. Sakit jatuh bangun kena lah dihadapi, anggap jer Allah swt nak ampunkan dosa-dosa lampau, betul kan, orang kata kalau sakit ini rezeki juga, sebab dengan cara ini juga Allah swt nak ampunkan dosa.Doakan pada sahabat semoga dilindungi daripada kecelakaan. Amin