Ahad, September 10

Terlupa meletak barang

Ada ketikanya kita terlupa dimana letaknya barang yang kita simpan. Untuk mencari sesuatu yang kita cari, kata arwah ibuku amalkanlah petua ini insya Allah barang yang kita cari ataupun apa saja yang kita terlupa akan jumpa/ingat semula. Amalkan membaca surah Alam-Nasyrah ( berulang-ulang kali ) ketika kita sedang mencari barang itu sambil fikiran mengingati kembali bilakah waktu akhir kita nampak/pegang barang tersebut. Sekiranya barang itu masih ada di dalam rumah ( maksudnya belum musnah/dicuri orang ), dengan kuasa Allah kita akan menemui apa yang dicari. Cubalah sendiri. Petua ini telah saya amalkan dan setakat ini sungguh berhasil . Kata arwah ayahandaku plak..kalau tak nak barang2 hilang, gantung kat leher, "lain macam bunyinya...eeee...bila difikir-fikirkan ada juga betulnya....selamat malam..