Jumaat, September 22

Salam Maal Hijrah 1439H

Hijrah adalah perpindahan atau perubahan dari sesuatu perkara yang tidak baik kepada yang lebih baik. Sempena dengan tahun baru islam ini, marilah kita semua menanamkan azam berhijrah dari yang buruk kepada yang lebih baik. Daripada kurang ibadat kepada lebih beribadat. Beringat sebelum kita terlambat. Insyallah kalau kita berazam ingin berubah, ada jalannya. Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara : KAYA sebelum MISKIN, SIHAT sebelum SAKIT, MUDA sebelum TUA, LAPANG sebelum SEMPIT, HIDUP sebelum MATI. Semoga kita semua dapat hidayat dan petunjuk dariNya. Insyallah. Berhijrah itu tidak susah, susah itu hanya dalam fikiran kita. Salam Maal Hijrah 1439H (22 Sept.2017M)