Jumaat, September 15

Pantun Pilihan_Bila Dah Berusia

Masa berjalan begitu cepat , Nyamuk kenyang pun tangkap tak dapat, Diam tak diam cucu dah empat, Makan yang lembik seperti lepat. Bercakap tersasul perkara biasa, Tak ingat hari Isnin ke Selasa, Gigi dah kurang makan tak rasa, Berulang hospital untuk periksa. Duduk di rumah tinggal berdua, Saling memandang sebab dah tua, Anak-anak bekerja jarang bersua ,Rumahpun sunyi seperti gua. Berjalan pun susah urat dah tegang, Tangan pun kebas susah nak pegang, Terkasar gerak tangkap di pinggang, Terkejut kucingpun tonggang-langgang. Apa nak buat dah hukum alam, Bagaikan muda baru semalam ,Pandangan matapun asyik kelam, Buatlah ibadat siang dan malam.