Isnin, Mac 13

Sudut agama untuk dikongsi

Dua ayat yang terakhir surah al-Baqarah iaitu ayat 285 & 286..memang terdapat beberapa hadis jelaskan fadhilatnya. Sabda Baginda S.A.W bermaksud "sesiapa yang membaca dua potong ayat terakhir surah al-Baqarah pada waktu malam itu sudah mencukupi baginya. (riwayat al-Buhari) "Dalam Nuzhatul Muttaqin syarahan Riyadhush Shalihin,Syekh Dr Mustofa Said Al Khin, Syekh Dr Mustofa Al Bugho, Syekh Muhyidin Mistu,Syekh Ali Asy Syirbaji dan Syekh Muhammad Amin Luthfi menerangkan bahawa salah satu makna tercukupi dalam hadits ini adalah tercukupi keperluan dunia, akhirat serta terhindar dari semua keburukan..