Rabu, Ogos 3

Kahwin muda

Orang kita kata kalau dah ada rezeki baru kahwin, tapi Islam kata nak tambah rezeki kena kahwin.
Bila orang muda berkahwin, kita tidak kata apa-apa, tetapi bila ada lelaki berusia 60 tahun dan ke atas kahwin, kita nampak perkara ini janggal dan pandang serong. Ini persepsi salah. Hakikatnya usia saja berubah tetapi keinginan dan nafsu seseorang tetap ada, sama seperti usia mudanya...tak gitu!
Nak cari pasangan tuu biarlah seusia atau muda dalam 5 tahun, jangan cari sebaya anak plak,itu kes nyanya namanya..eee..macam-macam.Teringat plak cerita dari rakan tentang tokwan kawin wanita muda 10 tahun lepas..
























Cerita Tok wan kawin muda dari rakan:
Ada seorang Tokwan yang berusia 75 tahun telah berkahwin dengan seorang janda muda yang berumur 25 tahun. Tokwan ni adalah seorang yang kaya.. 
Banyak bendang, kebun getah, lembu, kambing, rumah yang besar. Tokwan ni memang dikenali sebagai orang kaya di daerah tersebut, lagipun Tokwan ni dah lama menduda, dan sebab itu tokwan buat keputusan untuk mengahwini janda muda, Piah, yang berumur 25 tahun yang masih bergetah.
Piah pula baru je menjanda kerana suaminya dulu mati dibaham harimau kat hutan rimbau masa kursus. Piah memang seorang yang cantik, bergetah, seksi dan selalu menjadi rebutan orang kampong sebelum dia berkahwin dulu. Sekarang ini bila je Piah menjanda, ia telah menjadi suatu khabar gembira buat semua orang lelaki kt daerah itu.

Bila tersebar kad jemputan kahwin antara tokwan dan Piah, orang lain ketawa, kerana Piah sangup mengahwini Tokwan yang dah berusia. Orang perempuan pulak sibuk mengumpat mengatakan Piah ni mata duitan kerna sanggup kahwin dengan Tokwan yang kaya dan tua bangka.. tapi hakikatnya Piah memang mengahwini Tokwan kerana harta untuk jaminan masa depan dia. Piah sudah tidak sanggup hidup susah lagi. Kenduri dibuat dengan secara besar-besaran. ramai orang kampung, kampung sebelah, dijemput ramai-ramai. YB menteri pun datang juga untuk meraikan pasangan pengantin tersebut.

Setelah tamatnya kenduri, Piah menunggu lah dibilik pengantin yang serba mewah itu. Piah berkata dalam hati, Tokwan mesti tak mampu tunaikan kewajipan malam pertama memandangkan usianya yang lanjut. Kalau Piah mengoda Tokwan malam ni mesti kena serangan penyakit jantung... hehehehe..ketawa Piah dalam hati....

Tokwan pun datang lah kebilik dan melihat Piah berpakaian seksi. Tokwan menutup pintu dan Piah mulalah memainkan peranannya dan mereka berjaya bersatu sebagai satu badan. Setelah tamat proses penyatuan itu, Tokwan berkata kepada Piah;'Aku nak ke bilik hujung kejap, nak makan ubat jantung nih, Piah tunggu abang kat bilik ni yer..' Piah tersenyum, hati jahat Piah berkata, hehehehe.. dalam 10 langkah mesti orang tua nih jatuh punya...

Tak sampai 2 minit, Tokwan datang kembali dan dengan rakusnya menarik Piah dan berlakulah proses penyatuan yang halal buat kali kedua. Kali ini proses itu memakan masa yang lama sikit sehingga 1jam 10 minit 45 saat. Piah agak terkejut tetapi tetap patuh kepada Tokwan. Setelah selesai, Tok wan pun berkata lagi:'Aku nak ke bilik hujung kejap, nak makan ubat jantung. kalau tak doktor marah kat aku. Piah tunggu ya..Piah tersenyum lagi, pasti matlamatnya akan tercapai. pasti tokwan akan rebah dalam 2 minit. Tapi tak sampai 1 minit Tokwan kembali kebilik pengantin. Tokwan datang dengan senyumnya dan Piah agak terkejut. Tokwan gembira melihat Piah yang seksi menanti di atas katil. Lalu terjadilah penyatuan buat kali ketiga, kali ini memakan masa sehingga 2 jam 05 minit 30 saat. setelah tamat, sekali lagi tokwan mengatakan bahawa dia mahu pergi kebilik hujung untuk makan ubat, tetapi Piah cepat-cepat menyekat Tokwan dan berkata:
Piah: Abang..dulu sewaktu saya dengan aruah suami, bila bersama, aruah hanya mampu setakat sekali sahaja.. tapi abang ni sampai 3 kali kita bersama dalam satu malam... apa rahsia abang?
Tokwan: apa? sampai 3 kali kah kita bersama malam nih... Alamak!!! penyakit nyanyuk aku dah mai dahh.....
Rupa-rupanya Tokwan tak tersedar udah 3 kali ..ada untung juga ya penyakit nyanyok ni..nyanyok tang ni..yang lain tidak...eee