Isnin, April 11

Jaga tutur kata kita..

Mengapa orang tidak menyukai kita. Mengapa orang tidak hormat dengan kita. Mengapa orang tidak senang dan sentiasa meluat tengok kita. Sebenarnya, semua itu berpunca daripada diri kita sendiri. Fikir lebih dari biasa, pasti ada jawapan yang tidak dijangka.

Kata-kata kita, fikirkan dahulu sebelum dilontarkan. Tegur dengan berhemah jika kita merasa ada kesalahan dalam diri seseorang. Jangan kita keluarkan suatu kata-kata yang boleh merobek jiwa orang lain. Luka insan itu nanti, siapa tahu dapat memakan diri kita sendiri?  Justeru, janganlah kita menyalahkan orang lain andai suatu hari nanti, kita tidak akan dihormati.