Bila pandang keadaan pesakit dlm keadaaan kesakitan kadang-kadang timbul rasa nikmatnya sihat. Manusia selalu lupa macamana nikmatnya sihat. Tanpa kita sedar, tuhan sentiasa menguji kita. Nikmat sihat itu satu ujian meski kita tidak merasainya. Dan sakit itu satu ujian tanpa kita menyedarinya.
Alhamdulillah... kerana di beri peluang untuk merasai segala kenikmatan di dunia ini, maupun hanya persinggahan sementara, ku berterima kasih padaMu Ya Rabb kerana memberikan ku nikmat kasih sayang, kegembiraan, kesedihan, kesakitan dan segala nikmat yang telah Engkau kurniakan kepada ku.Moga hidup dan matiku akan terus kekal dalam Islam dan Iman.Berikanlah aku kekuatan dalam menempuhi segala ujianMu Ya Allah...