Ahad, Februari 14

Lawat rakan

Dalam perjalanan kehidupan, ada ketikanya kita jatuh sakit.Kadangkala kita hanya tidak perasan,Allah sedang memberi kepadaNya titik perhentian untuk bermuhasabah.

Ada pepatah berkata:
“Hanya orang yang miskin tahu nikmat kekayaan, hanya orang sakit tahu nikmat kesihatan, dan hanya orang mati tahu nikmat kehidupan”


Sakit, mampu menjadikan kita beringat. Seakan-akan bila kita sakit, Allah SWT berbisik kepada kita:“Sesungguhnya Aku mampu menarik nikmatKu bila-bila masa sahaja”

Saya baru balik dari wad kecemasan di hospital PPUM Petaling Jaya, lawat rakan. sampai sekarang masih tidak sedarkan diri. Saya terpaksa undur sebab esok kerja pagi. Doa semoga rakan sihat.