Pada pandangan mata kasar, keadaannya
seperti berasap setiap kali jerebu melanda. Sebenarnya kandungan udara ada banyak partikel terapung-apung, sebab itu jarak pandang kita terhad. Kadar jerebu diukur dalam nilai IPU (Indeks Pencemaran Udara). Habuk
yang halus ini mengandungi Karbon Monoksida,Sulfur Dioksida
dan Nitrogen Dioksida.Bahaya pada kesihatan tuu..
Kesan Jerebu pada kesihatan:
- Rasa gatal-gatal di kerongkong dan batuk-batuk
- Hidung berair dan kerap bersin
- Kulit badan rasa gatal-gatal
- Rasa sakit dada
Langkah pencegahan:
- Pakai topeng penutup hidung. Boleh dibeli di farmasi, kalau tak nak pakai penutup, apa kata pakai camni..eee..dapat pahala pulak tuu..
- Bagi yang merokok, anda perlu merokok diluar rumah terutama jika ada anak kecil atau orang tua. Lagi bagus jangan merokok buat masa sekarang, boleh ke!
- Basuh muka dan anggota badan. Banyakkan mandi.
- Kurangkan aktiviti outdoor dan banyakkan aktiviti indoor..eee..Senang cerita berkurung dalam rumah.
- Jika rumah ada aircond, jangan kedekut-kedekut pasang lah
- Minum air masak banyak-banyak.
- Kalau yang berduit tuu, bercutilah ke kawasan yang kurang berjerebu.