Rabu, April 17

TUKAR JANGAN TAK TUKAR..

Mereka hanya tahu menghasut rakyat dengan fitnah-fitnah yang sengaja ditaburkan terutama menuduh UMNO menolak Islam. 
Tidakkah mereka tahu bahawa dosa memfitnah itu lebih besar daripada membunuh dan tidakkah mereka sedar.


Saya tidak menyokong kerjasama Pas dengan DAP sebaliknya menyokong kerjasama Pas dengan UMNO.

Sekaranag rakyat Kelantan semakin bijak. Bukan semakin bodoh. Rakyat Kelantan berhak mendapat kerajaan yang boleh memberikan mereka yang terbaik. Apakah rakyat Kelantan tidak mahukan muka baru dan perubahan? Kita bukan menolak kepimpinan ulama tapi kita mahukan transformasi.
Tidakah rakan ketahui,bagaimana Tun Mahathir di hina, di herdik, di caci-hamun, sebab apa? kononya nak pegang jawatan sampai mati. Kalau Tun letak jawatan hari ini, hari ini juga kita lepaskan jawatan dan sekarang sudah cakap tak serupa bikinCakap pasal perubahan. Tapi kita sendiri tak nak berubah.Dulu bukan main kutuk bila membina Putra Jaya, sekarang nak duduki pulak..mmm..mana mungkin kita lupa.
Yang peliknya, kita ini pandai pulak demand kepada orang lain supaya buat perubahan. Kita tak payah berubah? Kita boleh kekal jadi pemimpin sampai maut menjemput? Begitu kah?