Kita tidak seharusnya percaya dan terpengaruh
dengan propoganda, itu semuanya mainan politik untuk meraih undi.
Siang hari kerja dengan kerajaan malam hari
berkempen hentam kerajaan. Ada yang sokong pembangkang bilamana kerajaan
bagi BR1M ambil, tak dapat bising-bising. Itu macam kah…..eeeee
Bagi yang menyokong pembangkang sibuk mengata, asyik salahkah kerajaan katanya rakyat kita miskin,cukai sana, cukai sini, kerajaan perlu bantu kita, oleh itu kita perlu berubah. Selama ni kerajaan tak bantu kah? Kalau tak dikenakan cukai mana kerajaan nak dapat duit! Miskin sangatkah kita. Berapa
ramai yang merempat ditepi-tepi jalan. Dalam keluarga pun kita tidak boleh memuaskan hati anak-anak apa lagi negara. Kalau nak kaya usahalah sendiri, jangan dok
asyik salahkan kerajaan.Ini tidak, semua yang kerajaan buat tidak betul, semuanya tak kena..aduhhhh…
Ada pula yg mengata kerajaan rasuah. Sebenarnya
rasuah ada dimana-mana sejak dulu lagi,apakah jika kerajaan baru bersih dari rasuah? Belum tentu lagi beb! kita perlu ingat, dalam kerajaan pun ada yang
sokong pembangkang.
Kita kata kita Islam, tapi ke sana ke mari kat kedai toto. Kita kata kita Islam tapi kerja kejap-kejap menghilang.Kita kata kita Islam bila dibawa berbicang, kita saja yang betul, pandangan rakan tidak mahu diterimanya.. apa tuu..
Kata kawanku..jom kita berubah!Ini kali lah, berubah menuju perbaikan, namun sayang perubahan ke arah yang tidak jelas, mana
mungkin!
Menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13
(PRU-13) pada 05 Mei 2013 nanti, usaha-usaha yang diambil oleh Barisan Nasional (BN) untuk
“mempertahankan” Putrajaya semakin rancak. Begitu juga usaha Pakatan Rakyat
(PR) “merampas” Putrajaya.
Dalam keasyikan kedua-dua pihak
merebut kuasa, kita jangan sesekali lupa bahawa KUASA sebenar terletak pada
tangan Rakyat
Dalam sistem pemerintahan demokrasi,
Rakyat yang berkuasa dan berhak memilih wakil yang akan membentuk kerajaan. Kita kena terima hakikat ini. Jangan pula bila kalah banyak alasannya. Selamat mengundi.