Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul
Abidin menegaskan pendiriannya tidak bertanding dalam Pilihan Raya Umum
ke-13 (PRU-13) kerana tidak mahu berpihak kepada mana-mana parti, agar dapat memberi sumbangan dari segi pandangan dan pemikiran yang
bebas daripada ikatan kepartian.
“Ia (pasca PRU-13) bakal dilihat sebagai sesuatu yang luar biasa, menyaksikan persaingan dalam politik. Saya mahu memberikan sumbangan yang signifikan dalam hal politik negara.
“Oleh itu, saya perlu berperanan sebagai golongan yang dapat memberi pandangan kepada kedua-dua belah pihak (kerajaan dan juga pembangkang),” katanya ketika dihubungi mStar Online, tempohari.