Rabu, Mac 6

Fitnah itu pencetus sengketa..


Pastikan pada diri tidak bercakap dan mengulas dalam perkara yang kita tidak tahu hujung pangkalnya dan jangan sesekali membentuk sikap dan fikiran semata-mata hanya mendengar dari satu pihak sahaja tanpa menilai dengan adil dan memberilah ruang kepada pihak lain untuk menjelaskannya.

Fitnah adalah pencetus sengketa, sering membabitkan tuduhan tanpa bukit dan prasangka tanpa asas dan persepsi salah. Menabur fitnah selalunya beriringan dengan dendam atau pun rasa tidak puas hati terhadap pihak lain.