Selasa, Februari 26

Tak sayang nyawa..

Panggilan dan SMS menjadi teman akrab manusia hari ini kerana ianya menjadi benda penting dalam kehidupan. Bagi golongan muda yang mabuk bercinta, berbalas-balas SMS menjadi perkara lumrah hingga terbawa-bawa kemana saja samada di majlis ilmu, di jalanan, sewaktu makan, malah semasa memandu kenderaan. Bukankah itu akan menganggu fokus dan tumpuan, lebih-lebih lagi membahayakan keselamatan diri.

Saya percaya 95% SMS dan panggilan yang diterima saban hari terdiri daripada hal-hal yang remeh-temeh, bukan mustahak mana pun.Kalau boleh jangan jadikan ia sebagai benda penting dalam hidup, sebab jika hilang mungkin mereka akan rasakan teramat gelisah, betul tak!

Telefon bimbit lahirkan generasi biadab, betul lah tuu, saya sokong sangat-sangat, apa tidaknya tengah mengadap makanan tangan dok sms, tengah berjalan, bergayut dengan telefon, semasa bercakap dengan rakan-rakan jari jemari memetik dan sekali sekala silau-silau telefon bimbit, bukannya diberi tumpuan.Kan tidak sopan tu.

Cuba renungkan mesej ini, berapa ramai yang mematuhinya?

Tiada panggilan yang lebih penting selain daripada panggilan Allah," demikian bunyi pesanan yang ditampal di dinding bersama gambar isyarat supaya dimatikan telefon bimbit tatkala melangkah masuk ke rumah Allah snwt.


Kejap tadi saya hampir-hampir terlanggar seseorang di jalanan dek leka dengan handsetnya..eeee..menyampah! Yang hairannya tengah bawa motosikal pun boleh jawab.Tak sayang nyawa!