Jumaat, Februari 15

Komuter tergelincir di stesen Shah Alam..

Khamis 14 Feb 2013: Jam 10:25 pm, sebuah tren komuter (SCS 6 CAR) tanpa penumpang dalam perjalanan ke depoh Sentul telah tergelincir di stesen Shah Alam semalam. Menurut sumber, 4 koc terakhir telah tergelincir dari landasan. Reaksi dari kejadian tersebut, perkhidmatan tren komuter dari stesen Padang Jawa ke stesen Shah Alam dan sebaliknya pada hari ini Juma'at 15 Feb 2013 akan mengalami kelewatan sehingga kerja-kerja melandaskan landasan selesai.