Isnin, Januari 14

Mengkritik itu hobinya..


Tidak semua orang suka dikritik, begitu juga tidak semua orang pandai mengkritik. Jika minta diri untuk dikritik itu memerlukan kekuatan luar biasa dan bersedia untuk hadapinya.


Sebelum mengkritik, fikir dulu situasi semasa, betul kee apa yang hendak dikritik itu, tanya dulu dan apa alasan yang diberi, munasabah atau tidak.Jangan lah ikut sedap hati saja.  Selalunya kita mengkritik  seseorang atas dasar menjatuhkan maruah seseorang.Kita tuu betul sangat kee? Biasanya jarang nampak. Cuba andaikan kalau kita berada ditempat mereka,  boleh kah kita melaksanakannya dengan baik?..mmm..belum tentu lagi beb!

Kritikan memang diperlukan untuk meningkatkan lagi prestasi dan mutu tetapi kalau mengkritik dengan kata-kata yang cukup menyakitkan, padaku si pengkritik itu lagi teruk. Selalunya mereka ini hendak menutup kelemahan sendiri. Teringat pula kata kawanku ' Orang baik jarang mengaku jahat, tapi orang jahat seronok mengaku baik'

Kritikan itu perlu tapi biarlah ianya membina, tunjukkan caranya berserta hujah-hujahnya sekali, bukan untuk menjatuhkannya.  Nak tegur biar ada caranya.

Padaku pedulikan kritikan yang tak bermoral, buat apa layan orang yang bodoh sombong,mungkin mereka ini jiwanya sakit, yang penting jalankan tanggungjawab sebaik mungkin.